Gegey Pixart Gallery
PT875, Tkt.2, Taman Uda Murni,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400, Kota Bharu, Kelantan
Tel : Office : 097747441 H/P : 0179421918
Email : Info@shamabd.com.my

Saturday to Thursday 11.00am -10.00p.m

Photojournalistic and convetional wedding day photography and pre-wedding outdoor photography and Event, Ceremony,Anual Dinner, Product and Others . If you would like me to be the photographer at your event, please contact us with your date, venue and tentative itinerary. Early booking is advised. I'm based in Kota Bharu ,Kelantan but will travel if required.



Archive: ‘event’



Nature Photocamp Kelantan 2009

Monday, May 11th, 2009

Selepas solat subuh,  kawe bertolak lah dari Kem Jeram Mengaji ke Kg. Sungai Durian. Dah lama dah nak datang sini, tapi asyik tangguh jer. Sempena pie nature photocamp anjuran KLIK [www.klik.com.my], ambik lah masa sikit datang kesini. Alhamdulillah saya dihadiah oleh Allah s.w.t dengan permandangan yang indah dengan cahaya yang cantik  di pagi hari ni. Sungguh besar nikmatnya jika dapat gambar camnie. Nature Photocamp Kelantan

Alhamdulillah, setelah merancang dan ulang ali 2 -3 kali ke Kem Jeram mengaji, saya dan abang aziz kami berjaya mengadakan photocamp yang pertama kalinya di Kelantan ini. Dengan bayaran cuma RM150.00 siap dgn makan minum dan tempat tinggal lagi ehehhee.. Murah banget. Tahniah kepada peserta yang berjaya hadir kali ini.

Seribu ucapan terima kasih buat dR. Ali dan sahabat nya Kapten kerana bersusah payah drive dari jauh iaitu kuantan untuk bersama-sama kita semua dalam menjayakan program kali ini. Begitu juga Encik Dashuki kita yang datang dari Kuala Lumpur. Pengorbanan mereka amatlah dihargai oleh pihak kami dan ahli-ahli klik sendiri.

Tapi tak lupa jugak pada pihak Kem Jeram Mengaji yang memberi layanan dan khidmat yang teramat baik untuk kami sehinggakan Hall yang kita pakai diberi percuma tanpa apa-apa bayaran. Makanan dihidang membuat perut kami semua ni tak pernah rasa lapar. Lepas makan makan lepas makan makan ahahahaha.. Banyak pulak tuh. :lol: :lol:

Program pembelajaran ini bermula dari hari khamis hinggalah hari jumaat oleh dR Ali. . Dari Basic photography hinggalah pada ilmu Travel Potography, Landscape, Macro dan lain-lain lagi dicurahkan begitu banyak oleh pihak pengajar kita iaitu dR Ali. Kemudian di sambung oleh Encik Dashuki untuk ilmu HDR pada hari sabtunya.

Disini juga kami diuji tracking / naik bukit hahahha.. Sungguh la memenatkan, tapi alhamdulillah kita semua berjaya tawaf satu bukit hahahaha…Tahniah buat BINJAI, walaupun dia ni sakit belakang , maklumlah baru lepas operate. Dia tabahkan hati untuk bersama kami meredah bukit. BEgitu juga sahabat Ibonda ( Lupa nama ), terkena sengat serangga ( Peringat <– betul ke eja ) sehingga muka jadi bengkak-bengkak dan hidung jadi kembang hehehee…

Kali ini saya lihat ada jugak peserta yang datang dari jauh seperti Faizah ( KL – Naik flight apa) dan Kumat sendiri dari Institut Immunidin Baki ( Genting )<– ambik cuti apa. Mereka sanggup ambik cuti dan menghabis duit sendiri semata-semata untuk mendapat ilmu daripada program yang dijalankan. dr. Ali (instruktur Photocamp) Dashuki (instruktur Photocamp) Capt. Sahabat dr ali <– org kuat dR Ali heheheh Disini diharap sahabat-sahabat peserta boleh lah letak gambar-gambar semasa anda menyertai photocamp tersebut dan bagi feedback kat sini. TAHNIAH SEMUA Barisan Atas : esfinaria, kapten, uncle, photo-ariff, Redlense, Mofahano,Qalids,dR Ali,Shamabd, Barisan Tengah : Azihan,Md Zaini, Dashuki, Kumat, Barisan Bawah, Tanggang, Faezah, Mimi, Xjukie, Tok Nebeng, Roza

Gambar besar disini :

http://farm4.static.flickr.com/3561/351 … 744a_o.jpg

Contact :

Hishamuddin Abdullah (Hisham)
Tel : 0179421918/0139196660
Ym : sham76y
email : infoshamabd@gmail.com or info@shamabd.com.my


© 2009-2010
Shamabd Photography • All images are copyrighted and use of these images in any way is strictly prohibited. Designed by GegeyPixArt